Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memberikan panduan bagi membantu jabatan/agensi Kerajaan untuk memperkemaskan Pengurusan Perhubungan Pelanggan supaya lebih responsif, cekap dan berkesan. Panduan ini mengadungi ciri-ciri kualiti perkhidmatan pelanggan dan ... aspek-aspek pengurusan perhubungan pelanggan. Pengurusan Perhubungan Pelanggan merupakan satu pendekatan menmyeluruh untuk menawarkan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan melalui pengurusan interaksi dan perhubungan yang cekap antara jabatan/agensi dengan pelanggan. Ketua-ketua jabatan/agensi adalah diminta untuk memastikan kejayaan pelaksanaan pekeliling ini di jabatan/agensi masing-masing.
Panduan Menambahbaik Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Menerusi Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)
Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam melaksanakan sistem perkhidmatan pesanan menerusi SMS di agensi-agensi kerajaan. Melalui penerangan yang menyeluruh ... dalam panduan ini, agensi-agensi diharap dapat meningkatkan penggunaan dan keberkesanan penggunaan SMS dalam meningkatkan sistem penyampaian kepada pelanggan. Agensi kerajaan adalah dikehendaki menggunakan perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan untuk menyalurkan perkhidmatan menerusi SMS kepada pelanggan. Bagi agensi yang telah menyedia atau melaksana perkhidmatan SMS melalui penyedia perkhidmatan lain, agensi-agensi berkenaan masih boleh melaksanakan perkhidmatan SMS menerusi penyedia perkhidmatan lain tetapi pada masa yang sama agensi perlu juga memastikan perkhidmatan tersebut dapat diakses menerusi mySMS 15888.
Panduan Menambah Baik Penyampaian Perkhidmatan Menerusi Penggunaan Kios di Agensi-Agensi Kerajaan
Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai tatacara dan mekanisme menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan menerusi penggunaan kios di agensi-agensi Kerajaan. Panduan ini mengandungi maklumat mengenai ciri-ciri sebuah kios dan langkah-langkah ... dalam mewujudkan perkhidmatan menerusi kios. Melalui penerangan yang menyeluruh dalam panduan ini, agensi-agensi diharap dapat meningkatkan penggunaan dan keberkesanan penggunaan kios dalam meningkatkan sistem penyampaian kepada pelanggan. Pemakaian pekeliling ini adalah tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, pekeliling ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Penggabungan Pelaporan Pasukan Petugas Bagi Mengurangkan Kerenah Birokrasi (PPMKB) Dan Laporan Kajian Semula Sistem & Prosedur Serta Undang-Undang & Peraturan
Ketua Setiausaha Negara dalam surat edaran bertarikh 17 Disember 2003 kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian telah menjelaskan Terma Rujukan PPMKB serta tindakan yang perlu diambil bagi melaksanakan arahan-arahan YAB Perdana ... Menteri. Format pelaporan PPMKB telah ditambah baik dengan membuat pindaan seperti yang terkandung dalam surat KSN bertarikh 21 Disember 2005. Garis panduan dan format baru pelaporan yang menggabungkan laporan PPMKB dan laporan kajian semula sistem dan prosedur serta undang-undang dan peraturan adalah seperti di Lampiran. Garis panduan ini juga boleh dicapai melalui lama web MAMPU di http://www.mampu.gov.my. Penghantaran laporan adalah secara suku tahunan. Kementerian dikehendaki mengemukakan laporan suku tahunan dalam bentuk softcopy mulai suku tahun kedua tahun 2007.
Arahan Teknologi Maklumat (Information Technology [IT]) dalam konteks ini adalah sebagai garis panduan bertujuan memenuhi keperluan minimum bagi menyokong Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik (Electronic Government Activities Act [EGAA]) 2007 dalam ... memudah cara transaksi elektronik. EGAA 2007 menyediakan rangka kerja undang-undang untuk pelaksanaan perkhidmatan Kerajaan elektronik yang efisien dan selamat. Tujuan Akta ini adalah untuk membolehkan dan memudah cara keseragaman urusan secara elektronik antara Kerajaan Persekutuan dengan orang awam. Akta ini terpakai apabila Agensi bersedia untuk menguruskan urusan elektronik dan tidak memberi sebarang tambahan hak undang-undang atau menukar sesuatu undang-undang secara substantif.
Langkah-langkah Mengenai Penggunaan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan
Memaklumkan kepada ketua jabatan dan pegawai di semua peringkat agensi Kerajaan mengenai enam langkah penggunaan mel elektronik di agensi-agensi kerajaan.
Langkah-Langkah Pemantapan Pelaksanaan Sistem Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan
Langkah-Iangkah pemantapan yang digariskan ini merupakan usaha bagi mengukuhkan lagi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1 Tahun 2003 bertajuk "Garis Panduan Mengenai Tatacara Pelaksanaan Internet dan Mel Elektronik di ... Agensi-agensi Kerajaan". Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai di semua peringkat dalam agensi Kerajaan hendaklah mematuhi dan melaksanakan 14 perkara yang digariskan di dalam surat arahan ini bagi mengukuhkan lagi PKPA Bil.1 Tahun 2003.
Undang-Undang Malaysia, Akta 680 Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007. Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan pengiktirafan undang-undang suatu mesej elektronik dalam urusan antara Kerajaan dengan orang awam, penggunaan mesej elektronik untuk ... memenuhi kehendak undang-undang dan untuk membolehkan dan memudahkan urusan itu melalui penggunaan cara elektronik dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
The Malaysian Government Interoperability Framework For Open Source Software (MyGIFOSS)
Dokumen ini menggariskan perincian cadangan hasil penyelidikan dan analisis yang dijalankan dalam membangunkan Rangka Kerja Malaysian Government Interoperability Framework for Open Source Software (MyGIFOSS). Dokumen ini mengandungi maklumat mengenai open ... source software (OSS), open standards and technical specifications yang dicadangkan untuk digunapakai oleh Malaysia. MyGIFOSS ini menjadi pelengkap kepada Malaysian Government Interoperability Framework version 1.0 (MyGIF).
Pengukuhan Tadbir Urus Jawatankuasa IT Dan Internet Kerajaan
Pekeliling Am ini bertujuan untuk menerangkan mengenai pengukuhan tadbir urus Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil di bawahnya. Mesyuarat JITIK Bilangan 1 Tahun 2006 yang telah diadakan ... pada 8 Mei 2006 telah memutuskan agar struktur tadbir urus JITIK dikaji semula dengan mengambil kira peranan Jawatankuasa Pemandu Kerajaan Elektronik (EGSC). Sehubungan ini, MAMPU telah menjalankan kajian tadbir urus JITIK dan jawatankuasa-jawatankuasa di bawahnya bagi mempertingkatkan keberkesanannya. Hasil dari kajian tersebut, struktur tadbir urus JITIK telah diperkukuhkan dengan beberapa pembaharuan dari segi bidang rujukan dan keahlian. Struktur baru tadbir urus JITIK merangkumi jawatankuasa-jawatankuasa berikut (1) Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK); (2) Jawatankuasa Kerja JITIK (JKJ); (3) Jawatankuasa Penyelarasan Kerajaan Elektronik (EGCOM); (4) Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT); dan (5) Jawatankuasa Latihan ICT (JLICT).