• Laman Utama
  • Capaian Pantas
    Sektor Pengurusan Sektor TPP Sektor ICT
  • Akaun
    Pendaftaran Warga MAMPU Log Masuk
Repositori Dasar dan
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Carian Umum Carian Arkib

Hasil Carian Terperinci : 31 rekod.


Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2023 Garis Panduan Mekanisme Pelaksanaan Program Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA)

Pekeliling ini bertujuan menjelaskan konsep, struktur tadbir urus dan mekanisme pelaksanaan program Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) untuk memberikan pengiktirafan kepada individu, kumpulan dan agensi yang berjaya melaksanakan inovasi ... di agensi masing-masing."Manual Pengguna Aplikasi MyAIPSA (Aplikasi Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam) akan dikemukakan  kepada Kementerian/Agensi semasa Sesi Taklimat PKPA dan Familiarisasi MyAIPSA iaitu di Lampiran A3 (Muka surat 36 hingga 60).

Dokumen Bil 1 Tahun 2023 berkuatkuasa 10-01-2023
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Inovasi
Status : Masih Berkuat Kuasa
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2023 GARIS PANDUAN MEKANISME PELAKSANAAN PROGRAM ANUGERAH INOVASI PERDANA SEKTOR AWAM (AIPSA)

KOMPILASI DOKUMEN DASAR MAMPU YANG MASIH BERKUATKUASA 2022

Perincian mengenai Strategi Tumpuan, Kluster, Tarikh Kuatkuasa, Pemilik Dokumen dan Sinopsis Dokumen Dasar yang masih berkuatkuasa.

Dokumen Bil 1 Tahun 2022 berkuatkuasa 04-02-2022
Kategori : Lain-lain
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Pentadbiran
Status : Masih Berkuat Kuasa
KOMPILASI DOKUMEN DASAR MAMPU 030222

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 2 Tahun 2022

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 2 Tahun 2022 Panduan Pengurusan Perubahan Sektor Awam (CMsa) bertujuan untuk menyokong agenda pemodenan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi amalan CM secara berstruktur, membantu ... mempercepat penerimaan kumpulan terkesan terhadap perubahan yang berlaku dan menginstitusi kompetensi pengurusan perubahan sehingga menjadikannya salah satu metodologi berkesan dalam proses pelaksanaan program/projek agensi yang berimpak tinggi.

Dokumen Bil 2 Tahun 2022 berkuatkuasa 22-06-2022
Kategori : Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Inovasi
Status : Masih Berkuat Kuasa
SAKP MAMPU Bilangan 2 Tahun 2022 Panduan Pengurusan Perubahan Sektor Awam (CMsa)

Pemakluman mengenai Pembatalan Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah (APKP) MAMPU Bilangan 2 Tahun 2020: Pelaksanaan Strategi Kawalan Pengurusan Pentadbiran, Kewangan dan Latihan di MAMPU, JPM

Memaklumkan mengenai pembatalan  Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah (APKP) MAMPU Bilangan 2 Tahun 2020: Pelaksanaan Strategi Kawalan Pengurusan Pentadbiran, Kewangan dan Latihan di MAMPU, JPM.

Dokumen Bil 1 Tahun 2022 berkuatkuasa 31-01-2022
Kategori : Lain-lain
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Pentadbiran
Status : Dimansuh pada 31-01-2022
Memo Pembatalan APKP MAMPU Bilangan 2 Tahun 2020 Pelaksanaan Strategi Kawalan Pengurusan Pentadbiran, Kewangan dan Latihan di MAMPU, JPM

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2022 Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA): Garis Panduan Mekanisme Pelaksanaan EKSA dan EKSA Kendiri

Pekeliling ini bertujuan menjelaskan panduan mekanisme pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan EKSA Kendiri di sektor awam melibatkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri, ... Agensi Induk dan Agensi Seliaan. Secara langsung garis panduan ini memperkasakan pelaksanaan EKSA dan menyebarluaskan pelaksanaan EKSA Kendiri oleh Agensi Induk terhadap Agensi Seliaan. Ia telah digubal dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek seperti Tadbir urus pelaksanaan EKSA dan EKSA Kendiri yang meliputi tiga fasa iaitu prapengauditan, semasa pengauditan dan pasca pengauditan.

Dokumen Bil 1 Tahun 2022 berkuatkuasa 21-10-2022
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Organisasi
Status : Masih Berkuat Kuasa
PKPA BILANGAN 1 TAHUN 2022 EKSOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) GARIS PANDUAN MEKANISME PELAKSANAAN EKSA DAN EKSA KENDIRI

SURAT ARAHAN KETUA PENGARAH MAMPU BILANGAN 2 TAHUN 2021 PANDUAN PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK ORGANISASI SEKTOR AWAM

Panduan Pembangunan Pelan Strategik Organisasi Sektor Awam (PSOSA) akan menjadi rujukan yang boleh dimanfaatkan oleh setiap agensi sektor awam dalam membangunkan pelan strategik organisasi secara sistematik. Panduan ini menerangkan secara terperinci ... mengenai kaedah pembangunan pelan strategik organisasi yang boleh digunakan oleh agensi sektor awam terutamanya tentang bagaimana kaedah menganalisis strategi dan memformulasi pelan tindakan secara strategik. Panduan ini juga turut menerangkan secara umum mengenai prinsip asas dalam pengurusan strategik sektor awam merangkumi definisi dan model pengurusan strategik sektor awam serta kaedah bagaimana sesebuah agensi sektor awam boleh merencana pelaksanaan, pemantauan dan penilaian pelan strategik organisasi. Keseluruhan panduan ini merangkumi 2 fasa pengurusan strategik sesebuah organisasi iaitu fasa pembangunan pelan strategik (Proses Perancangan dan Formulasi) dan fasa pasca penghasilan dokumen pelan strategik (Proses Pelaksanaan, Proses Pemantauan & Pengukuran Prestasi dan Proses Penilaian & Semakan Semula). Proses Perancangan dan Formulasi   Pelan Strategik merupakan fasa   paling kritikal kerana ia perlu dijajarkan dengan halatuju organisasi dalam memenuhi keperluan agenda nasional seperti Pelan Rancangan Malaysia dan dasar-dasar utama semasa. Proses ini menerangkan mengenai kaedah yang sesuai digunakan oleh agensi sektor awam dalam menetapkan hala tuju strategik agensi serta kaedah-kaedah menganalisis persekitaran agensi ke arah menghasilkan Pelan Tindakan dan program yang strategik dalam tempoh tertentu yang ditetapkan. Fasa pasca penghasilan pelan strategik pula menerangkan mengenai kaedah dan persediaan yang perlu dibuat oleh agensi dalam melaksanakan program-program strategik yang telah ditetapkan, mekanisme-mekanisme pemantauan program dan pengukuran prestasi serta kaedah penilaian pencapaian program dan kajian semula Pelan Strategik. Bagi memastikan penambahbaikan berterusan dapat dilaksanakan, agensi perlu menyediakan pelan strategik organisasi masing-masing secara jelas berpandukan hala tuju dan persekitaran agensi agar ianya dapat difahami oleh seluruh warga organisasi. Sehubungan itu, panduan ini adalah penting untuk diamati dan dihayati oleh pengurusan atasan sesebuah organisasi sektor awam supaya pendekatan yang diambil bagi penyediaan pelan strategik organisasi adalah lebih teratur dan menepati objektif pengurusan strategik secara amnya. Akhir kata, penerbitan panduan ini juga diharapkan dapat digunakan sepenuhnya oleh agensi sektor awam untuk melaksanakan pengurusan strategik dengan lebih efektif dan efisien menerusi pelan strategik yang dihasilkan kelak. Ia penting bagi memastikan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam negara terus dipertingkatkan dan mampan kerana pelan yang terhasil nanti akan membantu organisasi mencapai halatuju yang ditetapkan seterusnya menyumbang kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam secara keseluruhannya.  

Dokumen Bil 2 Tahun 2021 berkuatkuasa 17-09-2021
Kategori : Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Organisasi
Status : Masih Berkuat Kuasa
SURAT ARAHAN KETUA PENGARAH MAMPU BILANGAN 2 TAHUN 2021 PANDUAN PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK ORGANISASI SEKTOR AWAM

Surat Penyerahan PKPA Bilangan 1 Tahun 2009 Penambaikan Proses Pengurusan Aduan Awam kepada Biro Pengaduan Awam (BPA)

Pihak BPA mengesahkan telah menerima Penyerahan PKPA Bilangan 1 Tahun 2009 Penambaikan Proses Pengurusan Aduan Awam kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) dan bersama-sama ini dikembalikan Borang pengesahan Penerimaan Dokumen Dasar ... MAMPU (Lampiran A7) kepada pihak MAMPU.

Dokumen Bil 1 Tahun 2021 berkuatkuasa 16-08-2021
Kategori : Surat Makluman
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Pentadbiran
Status : Lain-lain
Surat penerimaan Penyerahan BPA PKPA Bil 1 Tahun 2009
Surat Penyerahan PKPA Bilangan 1 Tahun 2009 Penambaikan Proses Pengurusan Aduan Awam kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) KP KPD BPA

Penambahbaikan kepada Pengurusan Perhubungan Pelanggan Sektor Awam

Perkara yang dibangkit dalam Surat Arahan KSN adalahmempamerkan dengan jelas waktu sebenar perkhidmatan kaunter di pintu masuk utama pejabat, laman web, brosur, poster dan media sosial; danmempamerkan dengan jelas di ... pintu masuk utama pejabat penyataan etika berpakaian bagi orang awam/pelanggan semasa berurusan dengan kementerian dan agensi Kerajaan.

Dokumen Bil 1 Tahun 2020 berkuatkuasa 01-12-2020
Kategori : Surat Arahan KSN
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Pentadbiran
Status : Masih Berkuat Kuasa
SAKSN 2020 PENAMBAHBAIKAN KEPADA PENGURUSAN PERHUBUNGAN PELANGGAN SEKTOR AWAM 2

Makluman Pembatalan Surat Pekeliling AM

Memaklumkan pembatalan SPA Bil 1/1995 Penyediaan Laporan Ringkasan Kedudukan Kewangan dan Prestasi Tahunan Badan Berkanun Persekutuan dan Pembatalan SPA Bil 6 Tahun 2004 Penyediaan Laporan Ringkasan Kedudukan Kewangan dan Prestasi ... Tahunan Badan Berkanun Persekutuan (pindaan kepada SPA 1 Tahun 1995)

Dokumen Bil 1 Tahun 2020 berkuatkuasa 15-01-2020
Kategori : Surat Makluman
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Pentadbiran
Status : Lain-lain
2020- Surat Pemakluman Pembatalan_SPA_1-1995_DAN_6-2004

Penyediaan Risalah Perkhidmatan-Perkhidmatan Utama Agensi Sektor Awam

Sebagai rujukan oleh agensi sektor awam dalam penyediaan risalah dan keperluan untuk menyediakan maklumat asas. 

Dokumen Bil 1 Tahun 2019 berkuatkuasa 19-07-2019
Kategori : Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Inovasi
Status : Masih Berkuat Kuasa
2019-SKPM 2019-Penyediaan Risalah Perkhidmatan- Perkhidmatan Utama Agensi Sektor Awam

  • 1(current)
  • 2
  • 3
  • 4
  • »

Hakcipta © MAMPU 2019
Pelawat: 337820