Surat Arahan ini memaklumkan, Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) telah memutuskan bahawa adalah perlu bagi setiap agensi melantik Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer - CIO). Tanggungjawab utama CIO ... ialah menentukan strategi dan melaksanakan initiatif IT bagi mencapai visi dan objektif pembangunan dan penggunaan IT di agensi masing-masing. Ketua Jabatan adalah diminta untuk menamakan seorang CIO dari kalangan pegawai Gred 1 ke atas yang sedia ada dan mengemukakan nama tersebut kepada MAMPU.
Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam
Pekeliling ini bertujuan menyediakan panduan kepada Ketua-ketua Jabatan mengenai pelaksanaan penandaarasan dalam Perkhidmatan Awam. Penyediaan "Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam" adalah sesuai dijadikan rujukan oleh Ketua-ketua Jabatan dalam ... merancang dan menggerakkan pelaksanaan penandaarasan. Panduan ini menjelaskan tentang konsep penandaarasan dan cara pelaksanaannya. Ketua-ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan penandaarasan dan kejayaan pelaksanaannya bergantung kepada inisiatif jabatan sendiri sebagai proses penambahbaikan secara berterusan.
Pelaksanaan Perkongsian Pintar Antara Agensi-Agensi Kerajaan Dalam Bidang Teknologi Maklumat
Pekeliling ini bertujuan menyediakan garis panduan bagi pelaksanaan perkongsian pintar antara agensi-agensi kerajaan dalam bidang pembangunan teknologi maklumat (IT) dan tindakan yang perlu diambil oleh agensi-agensi kerajaan. Perkongsian pintar merangkumi ... perkongsian antara pihak-pihak berikut (a) Antara agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan; (b) Di kalangan agensi-agensi persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan; dan (c) Antara sektor awam dengan sektor swasta.
Penggunaan Butiran Maklumat Di Dalam Borang Permohonan Dan Kriteria Tertentu Sebagai Asas Membuat Keputusan Ke Atas Permohonan
Pekeliling ini adalah bertujuan menarik perhatian semua agensi-agensi Kerajaan supaya meneliti semula borang-borang permohonan yang digunakan sekarang ini bagi mempastikan bahawa maklumat-maklumat yang diminta di dalam borang permohonan berkenaan adalah ... relevan dan diperlukan untuk membuat keputusan ke atas permohonan. Agensi-agensi juga adalah diminta menyediakan kriteria bertulis dan senarai maklumat yang menyokong kriteria ini bagi dijadikan asas untuk melulus atau menolak sesuatu permohonan itu. Kerajaan telah memutuskan supaya setiap agensi hendaklah mempastikan bahawa proses menimbangkan sesuatu permohonan itu hendaklah merujuk kepada kriteria bertulis yang disokong dengan butiran maklumat yang relevan di dalam borang-borang permohonan. Dengan ini, agensi-agensi Kerajaan hendaklah mengambil tindakan-tindakan yang wajar, mengikut garis panduan ini.
Peraturan Penggunaan Mesin Faksimili Di Pejabat-Pejabat Kerajaan
Tujuan Surat Pekeliling ini adalah untuk memaklumkan mengenai peraturan-peraturan yang perlu diikuti semasa menghantar dan menerima dokumen melalui mesin faksimili. Dengan adanya peraturan ini diharap semua peraturan mengenai keselamatan dokumen ... seperti mana yang dikandungkan dalam Arahan Keselamatan dipatuhi dan keseragaman dalam penghantaran dan penerimaan dokumen-dokumen rasmi Kerajaan melalui mesin faksimili dapat dicapai.
Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam
Pekeliling ini bertujuan memberikan penerangan dan panduan kepada ketua Jabatan tentang konsep pengurusan kualiti menyeluruh dalam perkhidmatan awam. Penyediaan panduan "Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam" ini adalah satu ... lagi usaha yang diambil oleh pihak Kerajaan bagi memantapkan lagi pengurusan kualiti dalam perkhidmatan awam. Panduan ini sesuai untuk dijadikan rujukan oleh Ketua-ketua Jabatan dalam merancang dan menggerakkan proses peningkatan kualiti di jabatan masing-masing. Panduan ini menggariskan beberapa prinsip pengurusan yang penting yang perlu di jadikan amalan oleh Ketua-ketua Jabatan supaya gerakan kualiti di jabatan mereka terus berkembang dan berjalan secara berterusan. Di samping itu pelaksanaan prinsip ini juga akan dapat mewujudkan satu persekitaran organisasi yang cukup baik bagi penghayatan budaya cemerlang, yang sememangnya menjadi matlamat jabatan-jabatan Kerajaan. Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam ini menerangkan dua aspek utama berkaitan dengan TQM. Aspek-aspek ini ialah (a) Konsep TQM; dan (b) Prinsip-prinsip Yang Menyokong TQM.
Panduan Mengenai Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia
Pekeliling ini mengandungi garis panduan mengenai pelaksanaan dasar Persyarikatan Malaysia di peringkat Kementerian, Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah, termasuk pihak-pihak berkuasa tempatan. Konsep Persyarikatan Malaysia adalah menekankan pentingnya ... kerjasama yang bermakna di antara perkhidmatan awam dan sektor swasta bagi tujuan memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Kejayaan sektor swasta yang membawa perkembangan dan peningkatan keuntungannya akan memastikan lebih banyak penghasilan pendapatan negara melalui pungutan pelbagai jenis cukai oleh Kerajaan. Adalah amat perlu bagi perkhidmatan awam mempastikan bahawa sektor swasta mencapai kejayaan.
Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam
Pekeliling ini mengandungi panduan untuk kegunaan Ketua-ketua Jabatan tentang pelaksanaan usaha-usaha peningkatan produktiviti di jabatan/pejabat masing-masing. Semua jabatan/pejabat Kerajaan hendaklah sentiasa mempertingkatkan produktiviti di semua peringkat. Ini adalah kerana dengan ... mewujudkan jabatan/pejabat yang produktif, perkhidmatan awam akan dapat mempertingkatkan tahap perkhidmatannya kepada orang ramai. Selain itu melalui peningkatan produktiviti, jabatan/pejabat juga akan dapat mengoptimumkan penggunaan sumber serta menjimatkan kos operasi. Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam ini menerangkan tiga aspek utama dalam pengurusan produktiviti. Aspek-aspek ini ialah: (a) Konsep produktiviti; (b) Cara-cara meningkatkan produktiviti; dan (c) Pengukuran produktiviti. Adalah diharapkan bahawa dengan menggunakan panduan ini jabatan/pejabat Kerajaan akan dapat merancang dan melaksanakan usaha-usaha yang berkesan bagi meningkatkan produktiviti masing-masing dan perkhidmatan awam pada keseluruhannya.
Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam
Pekeliling ini adalah bertujuan untuk membantu Ketua-ketua Jabatan bagi melaksanakan strategi-strategi peningkatan kualiti dalam pengurusan di agensi masing-masing. Tujuan Panduan ini adalah untuk membantu Ketua-ketua Agensi Kerajaan merancang dan melaksanakan ... tujuh program tambahan peningkatan kualiti dalam pengurusan kualiti di agensi masing-masing. Panduan ini menggariskan 2 perkara utama iaitu: (i) Gerakan Budaya Kerja Cemerlang dan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti yang telah dan sedang dilaksanakan; dan (ii) Tujuh program tambahan bagi peningkatan kualiti.
Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu (Punch Card) Di Pejabat-Pejabat Kerajaan
Pekeliling ini memaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya semua pejabat dan agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan menggunakan kad perakam waktu untuk mengawal waktu pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan datang dan pulang ... dari pejabat. Tujuannya ialah untuk menjamin supaya mereka menjalankan tugas dengan dedikasi dan tekun selama tidak kurang dari jumlah waktu pejabat yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi mereka. Keputusan ini perlu dilaksanakan di semua pejabat dan agensi Kerajaan Persekutua. Badan-badan Berkanun dan Kerajaan-Kerajaan Negeri juga adalah diminta untuk turut melaksanakan sistem ini supaya terdapat keselarasan pengawalan selama peringkat Kerajaan di negara ini.