• Laman Utama
  • Capaian Pantas
    Sektor Pengurusan Sektor TPP Sektor ICT
  • Akaun
    Pendaftaran Warga MAMPU Log Masuk
Repositori Dasar dan
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Carian Terperinci Carian Arkib

Hasil Carian Umum : 17 rekod.


KOMPILASI DOKUMEN DASAR MAMPU YANG MASIH BERKUATKUASA 2022

Perincian mengenai Strategi Tumpuan, Kluster, Tarikh Kuatkuasa, Pemilik Dokumen dan Sinopsis Dokumen Dasar yang masih berkuatkuasa.

Dokumen Bil 1 Tahun 2022 berkuatkuasa 04-02-2022
Kategori : Lain-lain
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Pentadbiran
Status : Masih Berkuat Kuasa
KOMPILASI DOKUMEN DASAR MAMPU 030222

Surat Penyerahan PKPA Bilangan 1 Tahun 2009 Penambaikan Proses Pengurusan Aduan Awam kepada Biro Pengaduan Awam (BPA)

Pihak BPA mengesahkan telah menerima Penyerahan PKPA Bilangan 1 Tahun 2009 Penambaikan Proses Pengurusan Aduan Awam kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) dan bersama-sama ini dikembalikan Borang pengesahan Penerimaan Dokumen Dasar ... MAMPU (Lampiran A7) kepada pihak MAMPU.

Dokumen Bil 1 Tahun 2021 berkuatkuasa 16-08-2021
Kategori : Surat Makluman
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Pentadbiran
Status : Lain-lain
Surat penerimaan Penyerahan BPA PKPA Bil 1 Tahun 2009
Surat Penyerahan PKPA Bilangan 1 Tahun 2009 Penambaikan Proses Pengurusan Aduan Awam kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) KP KPD BPA

PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2021 DASAR PERKONGSIAN DATA SEKTOR AWAM

Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan mengenai perkongsian data melibatkan Agensi Sektor Awam bagi melaksanakan perkongsian data merentas agensi dan perkongsian data dengan pihak pengguna data yang terlibat seperti komuniti ... perniagaan, rakyat dan penjawat awam untuk tujuan inovasi pendigitalan dan penyampaian perkhidmatan berpacukan data demi kesejahteraan rakyat, kelestarian pentadbiran serta pembangunan negara.

Dokumen Bil 2 Tahun 2021 berkuatkuasa 27-08-2021
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor ICT
Bidang : Data Strategik Dan Maklumat
Status : Masih Berkuat Kuasa
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2021 DASAR PERKONGSIAN DATA SEKTOR AWAM
LAMPIRAN A_PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2021 DASAR PERKONGSIAN DATA SEKTOR AWAM

PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2021 DASAR PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN SEKTOR AWAM

Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan dasar berhubung penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan yang perlu dipatuhi oleh Agensi Sektor Awam bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaaan dengan melaksanakan perkara-perkara ... berikut:Agensi Sektor Awam hendaklah menggunakan teknologi pengkomputeran awan bagi pelaksanaan semua projek ICT di agensi masing-masing; danAgensi Sektor Awam dikehendaki memberikan keutamaan kepada penggunaan MyGovCloud@PDSA terutamanya yang melibatkan aplikasi kritikal Kerajaan.

Dokumen Bil 1 Tahun 2021 berkuatkuasa 10-06-2021
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor ICT
Bidang : Pengurusan Infrastuktur ICT
Status : Masih Berkuat Kuasa
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2021 DASAR PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN SEKTOR AWAM

SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM Bil 1 Tahun 2021 PELAKSANAAN MODUL DATA PERJAWATAN_ SUBMODUL myPortfolio DALAM SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS)

Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (SPKPA) ini bertujuan untuk memberi panduan kepada agensi Kerajaan berhubung pelaksanaanModul Data Perjawatan – Submodul myPortfolio dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) berdasarkan Pekeliling ... Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2005 – Pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia Bilangan 12 Tahun 2005 (PP Bil. 12 Tahun 2005) dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 4 Tahun 2018 - myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam (PKPA Bil. 4 Tahun 2018). Pelaksanaannya adalah bertepatan dengan hasrat untuk menambah baik pengurusan sumber manusia di sektor awam melalui pelaksanaan proses kerja secara dalam talian dan hujung-ke-hujung. Rekod setiap penjawat awam yang berkaitan dengan tugas dan proses kerja boleh diakses dan dikemas kini pada setiap masa dengan lebih cepat dan mudah. 

Dokumen Bil 1 Tahun 2021 berkuatkuasa 27-08-2021
Kategori : Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor Pengurusan
Bidang : Pengurusan Dasar
Status : Masih Berkuat Kuasa
SPKPA Bil 1 Tahun 2021 PELAKSANAAN MODUL DATA PERJAWATAN_ SUBMODUL myPortfolio DALAM SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS)

SURAT ARAHAN KETUA PENGARAH MAMPU BILANGAN 2 TAHUN 2021 PANDUAN PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK ORGANISASI SEKTOR AWAM

Panduan Pembangunan Pelan Strategik Organisasi Sektor Awam (PSOSA) akan menjadi rujukan yang boleh dimanfaatkan oleh setiap agensi sektor awam dalam membangunkan pelan strategik organisasi secara sistematik. Panduan ini menerangkan secara terperinci ... mengenai kaedah pembangunan pelan strategik organisasi yang boleh digunakan oleh agensi sektor awam terutamanya tentang bagaimana kaedah menganalisis strategi dan memformulasi pelan tindakan secara strategik. Panduan ini juga turut menerangkan secara umum mengenai prinsip asas dalam pengurusan strategik sektor awam merangkumi definisi dan model pengurusan strategik sektor awam serta kaedah bagaimana sesebuah agensi sektor awam boleh merencana pelaksanaan, pemantauan dan penilaian pelan strategik organisasi. Keseluruhan panduan ini merangkumi 2 fasa pengurusan strategik sesebuah organisasi iaitu fasa pembangunan pelan strategik (Proses Perancangan dan Formulasi) dan fasa pasca penghasilan dokumen pelan strategik (Proses Pelaksanaan, Proses Pemantauan & Pengukuran Prestasi dan Proses Penilaian & Semakan Semula). Proses Perancangan dan Formulasi   Pelan Strategik merupakan fasa   paling kritikal kerana ia perlu dijajarkan dengan halatuju organisasi dalam memenuhi keperluan agenda nasional seperti Pelan Rancangan Malaysia dan dasar-dasar utama semasa. Proses ini menerangkan mengenai kaedah yang sesuai digunakan oleh agensi sektor awam dalam menetapkan hala tuju strategik agensi serta kaedah-kaedah menganalisis persekitaran agensi ke arah menghasilkan Pelan Tindakan dan program yang strategik dalam tempoh tertentu yang ditetapkan. Fasa pasca penghasilan pelan strategik pula menerangkan mengenai kaedah dan persediaan yang perlu dibuat oleh agensi dalam melaksanakan program-program strategik yang telah ditetapkan, mekanisme-mekanisme pemantauan program dan pengukuran prestasi serta kaedah penilaian pencapaian program dan kajian semula Pelan Strategik. Bagi memastikan penambahbaikan berterusan dapat dilaksanakan, agensi perlu menyediakan pelan strategik organisasi masing-masing secara jelas berpandukan hala tuju dan persekitaran agensi agar ianya dapat difahami oleh seluruh warga organisasi. Sehubungan itu, panduan ini adalah penting untuk diamati dan dihayati oleh pengurusan atasan sesebuah organisasi sektor awam supaya pendekatan yang diambil bagi penyediaan pelan strategik organisasi adalah lebih teratur dan menepati objektif pengurusan strategik secara amnya. Akhir kata, penerbitan panduan ini juga diharapkan dapat digunakan sepenuhnya oleh agensi sektor awam untuk melaksanakan pengurusan strategik dengan lebih efektif dan efisien menerusi pelan strategik yang dihasilkan kelak. Ia penting bagi memastikan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam negara terus dipertingkatkan dan mampan kerana pelan yang terhasil nanti akan membantu organisasi mencapai halatuju yang ditetapkan seterusnya menyumbang kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam secara keseluruhannya.  

Dokumen Bil 2 Tahun 2021 berkuatkuasa 17-09-2021
Kategori : Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Organisasi
Status : Masih Berkuat Kuasa
SURAT ARAHAN KETUA PENGARAH MAMPU BILANGAN 2 TAHUN 2021 PANDUAN PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK ORGANISASI SEKTOR AWAM

Pembangunan Pelan Strategik Organisasi (PSO) dan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) di Kementerian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Agensi Sektor Awam

Mesyuarat MyDigital Kluster Kerajaan Bilangan 3 Tahun 2021 pada 21 September 2021 memutuskan agar semua Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) membangunkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) masing-masing selewatnya-lewatnya pada ... 31 Disember 2021. Semua Agensi Sektor Awam juga perlu mengambil saranan ini dengan membangunkan PSP di peringkat agensi masing-masing. Sebelum PSP dibangunkan, setiap Kementerian dan Agensi Sektor Awam perlu terlebih dahulu membangunkan Pelan Strategik Organisasi (PSO) masing-masing yang merupakan komponen terpenting dalam usaha agensi sektor awam merangka dan merancang dasar, menentukan program dan tindakan bagi mencapai matlamat organisasi dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian agenda perkhidmatan awam dan negara.

Dokumen Bil 1 Tahun 2021 berkuatkuasa 08-11-2021
Kategori : Lain-lain
Sektor : Sektor ICT
Bidang : Pengurusan Strategik ICT
Status : Masih Berkuat Kuasa
Pembangunan Pelan Strategik Organisasi (PSO) dan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP)

MyGovEA: Pelaksanaan Pendekatan Reka Bentuk Berstruktur Ekosistem Organisasi Perkhidmatan Awam

PKPA ini bertujuan untuk memberi panduan kepada organisasi menjalankan analisis, reka bentuk, perancangan dan pelaksanaan strategi melalui Malaysia Government Enterprise Architecture (MyGovEA) bagi membina amalan Enterprise Architecture (EA) dalam agensi. ...  PKPA mengenai EA yang dibangunkan selaras dengan Pelan Induk MyGovEA ini menyediakan panduan dan metodologi kepada agensi dalam mengenal pasti dan memperkemas semula perkhidmatan yang disediakan dengan memahami struktur, fungsi, perkhidmatan, proses kerja, data yang digunakan serta aplikasi dan teknologi yang menyokong perkhidmatan organisasi.

Dokumen Bil 1 Tahun 2020 berkuatkuasa 04-03-2020
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor ICT
Bidang : Pengurusan Strategik ICT
Status : Masih Berkuat Kuasa
PKPA Bil 1 2020 - MyGovEA v1.1

Pelaksanaan Analitis Data Raya Sektor Awam (aDRSA)

Pekeliling ini bertujuan memberi panduan kepada agensi sektor awam bagi melaksanakan analitis data raya dengan mengguna pakai kaedah atau metodologi yang bersesuaian ke arah meningkatkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam. ... Pelaksanaan analitis data raya merupakan satu inisiatif yang boleh membantu kerajaan dalam membuat keputusan berdasarkan ketersediaan data yang komprehensif daripada dalam dan luar agensi. Pelaksanaan analitis data raya akan menggalakkan inovasi dalam perkhidmatan kerajaan sekali gus memenuhi keperluan kritikal agenda transformasi negara ke arah kerajaan digital. Pelaksanaan inisiatif ini akan mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan yang responsif dan mengutamakan kepantasan bertindak bagi memenuhi kehendak rakyat. 

Dokumen Bil 1 Tahun 2017 berkuatkuasa 03-01-2017
Kategori : Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor ICT
Bidang : Data Strategik Dan Maklumat
Status : Masih Berkuat Kuasa
PTPA Bil 1 Tahun 2017-Pelaksanaan Analitis Data Raya Sektor Awam aDRSA

Dasar Perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan [Government Public Key Infrastructure (GPKI)]

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam ini bertujuan untuk menjelaskan kepada ketua-ketua jabatan kerajaan mengenai dasar perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan [Government Public Key Infrastructure (GPKI)] bagi memantapkan tahap keselamatan data dan ... maklumat sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan dalam menyokong inisiatif perkhidmatan digital kerajaan. Prasarana Kunci Awam [Public Key Infrastructure (PKI)] ialah gabungan perisian, teknologi penyulitan dan perkhidmatan yang membolehkan organisasi memastikan data dan maklumat transaksi urus niaga secara dalam talian selamat. Prasarana Kunci Awam (PKI) membolehkan data serta maklumat dilindungi dari aspek kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan. Sebarang transaksi atau aktiviti terhadap data dan maklumat tidak boleh disangkal melalui pengesahan jejak audit. Selaras dengan Akta Tandatangan Digital 1997 dan Peraturan-Peraturan Tandatangan Digital 1998, Prasarana Kunci Awam (PKI) telah mula dilaksanakan pada tahun 2002 dalam pelaksanaan projek-projek Kerajaan Elektronik (EG). Bagi menyelaras pelaksanaan Prasarana Kunci Awam (PKI) di agensi sektor awam, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyediakan perkhidmatan Prasarana Kunci Awam (PKI) secara berpusat yang dikenali sebagai perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan (GPKI).

Dokumen Bil 3 Tahun 2015 berkuatkuasa 23-10-2015
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor ICT
Bidang : Pengurusan Keselamatan Maklumat
Status : Masih Berkuat Kuasa
PKPA Bilangan 3 2015 - Dasar Perkhidmatan GPKI

  • 1(current)
  • 2
  • »

Hakcipta © MAMPU 2019
Pelawat: 329233