Pekeliling ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan dalam pelaksanaan data terbuka agensi sektor awam bagi menggalakkan perkongsian data, meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah, cepat dan telus serta ... menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Pelaksanaan data terbuka kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif kerajaan digital. Pekeliling ini telah dibangunkan berdasarkan kepada amalan terbaik data terbuka yang dilaksanakan oleh negara-negara luar dan dinilai oleh badan antarabangsa melalui penilaian barometer oleh World Wide Web Foundation serta maklum balas yang diterima daripada agensi sektor awam.
Surat Arahan ini bertujuan memaklumkan Ketua Jabatan untuk melaksanakan rasionalisasi laman web sektor awam dengan menyusun semula dan mengkonsolidasi laman web. Pelaksanaan rasionalisasi ini akan memberi faedah dan impak yang ... besar kepada agensi Kerajaan dari segi pengurangan kos penyenggaraan dan pengoperasian laman web serta pengoptimuman sumber sedia ada perkhidmatan Kerajaan. Pelaksanaan rasionalisasi laman web sektor awam ini adalah susulan dari Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Aplikasi Perdana MSC Malaysia (MSC Malaysia Flagship Coordination Committe) ke-38 pada 19 November 2014 yang telah memutuskan rasionalisasi laman web perlu dilaksanakan bagi mengurangkan jumlah laman web Kerajaan menjelang akhir tahun 2015. Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 1/2015 yang diadakan pada 6 Mac 2015 telah bersetuju rasionalisasi laman web sektor awam perlu diteruskan ke arah mengurangkan sehingga 50% laman web sektor awam.
Pelaksanaan dan Penggunaan Aplikasi Digital Document Management System (DDMS) Sektor Awam - Digital Document Management System 2.0 (DDMS 2.0)
Sistem DDMS 2.0 adalah perisian sistem pengurusan rekod kerjaan secara elektronik yang menyokong Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) EPP6.
Penyeragaman Format Kepala Surat Bagi Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan
Surat Pekeliling Am ini bertujuan menetapkan format dan reka bentuk kepala surat yang seragam untuk digunakan oleh Kementerian/Jabatan/ Agensi Persekutuan.Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Am ini, maka Surat Pekeliling Am Bilangan ... 8 Tahun 1980 adalah dibatalkan.
Pemansuhan PKPA Bilangan 2 Tahun 2002: Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam
Surat Arahan ini memaklumkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-Pekerja Sektor Awam (JKKMPGSA) pada 7 Ogos 2012 telah bersetuju supaya penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dilaksanakan mulai 1 Januari 2013. ... Selaras dengan keputusan tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012: "Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang" berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013. Selaras dengan penguatkuasaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012, maka Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002: " Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam" adalah dimansuhkan.
Pemansuhan PKPA Bilangan 5 Tahun 1991, PKPA Bilangan 2 Tahun 1992, PKPA Bilangan 2 Tahun 2002 dan SPKPA Bilangan 1 Tahun 2002
Surat Arahan ini memaklumkan MAMPU telah menjalankan semakan keatas pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh MAMPU selaras dengan keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan pada 9 Mac 2011 dan Mesyuarat ... Jawatankuasa Pemandu Kajian Semula Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan pada 3 Jun 2011. Semakan ini dilaksanakan bagi memastikan semua pekeliling yang dikeluarkan oleh MAMPU adalah relevan dengan kehendak dan keperluan semasa. Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (Panel 3P) pada 21 Februari 2012 telah mempertimbangkan dan bersetuju supaya pekeliling-pekeliling berikut dimansuhkan: (i) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1992: "Garis Panduan Perancangan dan Penyediaan Projek Pembangunan"; (ii) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 5 Tahun 1991: "Panduan Mengenai Sistem Penjadualan Yang Bersepadu (SIAP)"; (iii) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002: "Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam"; dan (iv) Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2002: "Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Pengaduan Awam".
Pemansuhan Keperluan Mengemukakan Laporan Polis Yang Tidak Merupakan Suatu Kehendak Undang-undang Dalam Berurusan Dengan Agensi Kerajaan
Pekeliling Am ini bertujuan untuk memaklumkan agensi-agensi Kerajaan mengenai keputusan Kerajaan memansuhkan keperluan orang awam untuk mengemukakan laporan polis bagi urusan-urusan Kerajaan yang laporan polis tersebut tidak merupakan suatu kehendak ... undang-undang, serta tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil untuk melaksanakan keputusan tersebut.
Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Sektor Awam
Surat Arahan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pematuhan dan pelaksanaan 20 Amalan Terbaik Dalam Penggunaan Jaringan Media Sosial Di Sektor Awam kepada pegawai bertanggungjawab mengendalikan laman web media sosial agensi, ... pengguna di agensi dan pentadbir rangkaian sektor awam.
Usaha-Usaha Memantapkan Amalan Senyum Dalam Penyampaian Perkhidmatan Sektor Awam
Surat Arahan ini memohon kerjasama Ketua-ketua Jabatan untuk mengenal pasti serta melaksanakan strategi yang berkesan ke arah memperkemas sistem pengurusan perhubungan pelanggan khususnya dalam memantapkan amalan memberi perkhidmatan dengan senyuman.
Pelaksanaan Hari Inovasi Dan Usaha-Usaha Meningkatkan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam
Surat Arahan ini menerangkan bahawa selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan amalan-amalan inovatif dan Kreatif, MAMPU telah menyediakan "Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam" yang menerangkan tindakan-tindakan yang boleh ... diambil oleh Ketua-ketua Jabatan bagi menggalakkan budaya inovasi dan kreativiti secara menyeluruh. Unit Inovasi di setiap agensi Kerajaan boleh menggunakan panduan ini bagi menyusun strategi dan langkah yang bersesuaian ke arah pembentukan budaya inovasi serta penghasilan inovasi yang dapat meningkatkan lagi tahap penyampaian perkhidmatan kepada semua segmen pelanggan dan stakeholders.