Pelaksanaan Analitis Data Raya Sektor Awam (aDRSA)
Pekeliling ini bertujuan memberi panduan kepada agensi sektor awam bagi melaksanakan analitis data raya dengan mengguna pakai kaedah atau metodologi yang bersesuaian ke arah meningkatkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam. ... Pelaksanaan analitis data raya merupakan satu inisiatif yang boleh membantu kerajaan dalam membuat keputusan berdasarkan ketersediaan data yang komprehensif daripada dalam dan luar agensi. Pelaksanaan analitis data raya akan menggalakkan inovasi dalam perkhidmatan kerajaan sekali gus memenuhi keperluan kritikal agenda transformasi negara ke arah kerajaan digital. Pelaksanaan inisiatif ini akan mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan yang responsif dan mengutamakan kepantasan bertindak bagi memenuhi kehendak rakyat.
Dokumen Bil 1 Tahun 2017 berkuatkuasa 03-01-2017
Kategori : Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam
PTPA Pelaksanaan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT)
Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan tentang pengurusan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT). Penubuhan KWAICT bertujuan untuk menggalakkan pembangunan projek ICT menggunakan kepakaran dalaman dan memberikan ganjaran ... kepada pasukan projek yang berjaya menjimatkan kos bagi Kerajaan. KWAICT ini juga bertujuan untuk meningkatkan kepakaran dalaman melalui pembiayaan Program Peningkatan Kompetensi dan Profesionalisme Pegawai Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sektor Awam. Bagi menggalakkan lebih banyak penghasilan produk ICT tempatan, KWAICT juga menyediakan pembiayaan Program Penyelidikan dan Pembangunan ICT (R & D ICT) Sektor Awam. Antara contoh produk ICT tempatan termasuklah aplikasi, perkakasan berasaskan perisian, kaedah, rangka kerja dan model yang dibangunkan atau dihasilkan.
Dokumen Bil 4 Tahun 2017 berkuatkuasa 15-11-2017
Kategori : Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam
Panduan Pembudayaan Dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif Dan Kreatif
Pekeliling ini mengandungi panduan berkaitan penambahbaikan tatacara pengurusan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bertujuan untuk menyemarakkan lagi kreativiti dan inovasi dalam sektor awam. Pekeliling ini dikeluarkan bagi menggantikan Panduan Mengenai ... Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang dikeluarkan pada 1 November 2009.
Dokumen Bil 1 Tahun 2016 berkuatkuasa 30-08-2016
Kategori : Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam
Keputusan Kerajaan Mengenai Klasifikasi Kaum Dalam Borang-Borang Rasmi Kerajaan
Surat Arahan ini memaklumkan bahawa Kerajaan pada 27 April 2016 telah memutuskan supaya klasifikasi kaum dalam borang-borang rasmi Kerajaan ditetapkan seperti berikut: (i) Melayu (ii) Cina (iii) India (iv) Dayak ... (v) Kaum: ..... (Sila nyatakan). Dalam masa yang sama, Kerajaan juga telah memutuskan supaya keputusan ini dilaksanakan secara pentadbiran oleh kementerian/jabatan/agensi Kerajaan.
Pelaksanaan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Menggunakan Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) Agensi Sektor Awam
Surat Arahan ini bertujuan memaklumkan semua agensi sektor awam hendaklah mengambil tindakan menggunakan sistem PROFIT di agensi masing-masing bagi mengemukakan permohonan projek ICT untuk kelulusan teknikal serta memantau dan melapor ... status kemajuan pembangunan dan pelaksanaan projek ICT yang telah diluluskan. Sebarang ketidakpatuhan kepada penggunaan sistem PROFIT ini akan memberi kesan terhadap permohonan kelulusan teknikal projek ICT agensi berkenaan. Bagi melancarkan pelaksanaan sistem PROFIT, peranan dan tanggungjawab agensi yang telah ditetapkan adalah seperti dinyatakan dalam Lampiran. Agensi Kerajaan boleh memuat turun Manual Pengguna PROFIT melalui (a) Portal MAMPU di http://www.mampu.gov.my atau (b) Sistem PROFIT di http://profitv2.mampu.gov.my.
Pekeliling ini bertujuan memaklumkan kepada ketua-ketua jabatan kerajaan mengenai panduan untuk memperkasakan agensi masing-masing berteraskan enam prinsip di bawah gagasan Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA). Panduan ini menerangkan pembudayaan enam prinsip ... MPA, iaitu keterbukaan, musyawarah, turun padang, insaniah, kekitaan serta kerjasama antara awam, swasta dan badan bukan kerajaan. MPA ini menyediakan satu kerangka menyeluruh dan seimbang yang mengambil kira aspek institusi dan individu.
Panduan Pelaksanaan Program Turun Padang Sektor Awam
Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (SPKPA) ini bertujuan menyediakan panduan kepada agensi kerajaan bagi memastikan kesiapsiagaan agensi terjamin dalam menyampaikan perkhidmatan yang melangkaui ekspektasi rakyat melalui pelaksanaan Program Turun Padang ... bagi menyokong gagasan Merakyatkan Perkhidmatan Awam. SPKPA ini menerangkan mengenai tatacara dan panduan Program Turun Padang bagi membantu agensi kerajaan melaksanakan aktiviti turun padang secara strategik dan sistematik mengikut kesesuaian dan keupayaan masing-masing. Melalui SPKPA ini, agensi kerajaan diharapkan dapat merangka Program Turun Padang masing-masing ke arah transformasi perkhidmatan awam sebagai sebuah institusi yang kukuh dan berupaya menyelami denyut nadi rakyat. Ini adalah penting bagi memastikan agensi dapat menyampaikan perkhidmatan yang mampu mengatasi jangkaan dan ekspektasi rakyat, sekaligus melonjakkan prestasi penyampaian perkhidmatan awam negara ke tahap yang lebih gemilang.
Dokumen Bil 1 Tahun 2015 berkuatkuasa 14-05-2015
Kategori : Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam
Surat Pekeliling Am ini bertujuan untuk menyediakan panduan bagi agensi Sektor Awam memohon kelulusan teknikal projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) daripada Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) yang berurus ... setia di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta memantau kemajuan pembangunan dan pelaksanaan projek ICT.
Dasar Perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan [Government Public Key Infrastructure (GPKI)]
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam ini bertujuan untuk menjelaskan kepada ketua-ketua jabatan kerajaan mengenai dasar perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan [Government Public Key Infrastructure (GPKI)] bagi memantapkan tahap keselamatan data dan ... maklumat sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan dalam menyokong inisiatif perkhidmatan digital kerajaan. Prasarana Kunci Awam [Public Key Infrastructure (PKI)] ialah gabungan perisian, teknologi penyulitan dan perkhidmatan yang membolehkan organisasi memastikan data dan maklumat transaksi urus niaga secara dalam talian selamat. Prasarana Kunci Awam (PKI) membolehkan data serta maklumat dilindungi dari aspek kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan. Sebarang transaksi atau aktiviti terhadap data dan maklumat tidak boleh disangkal melalui pengesahan jejak audit. Selaras dengan Akta Tandatangan Digital 1997 dan Peraturan-Peraturan Tandatangan Digital 1998, Prasarana Kunci Awam (PKI) telah mula dilaksanakan pada tahun 2002 dalam pelaksanaan projek-projek Kerajaan Elektronik (EG). Bagi menyelaras pelaksanaan Prasarana Kunci Awam (PKI) di agensi sektor awam, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyediakan perkhidmatan Prasarana Kunci Awam (PKI) secara berpusat yang dikenali sebagai perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan (GPKI).
Pekeliling ini bertujuan memaklumkan ketua-ketua jabatan kerajaan mengenai panduan melaksanakan pengurusan laman web agensi sektor awam yang berkesan bagi menyokong inisiatif perkhidmatan awam selaras dengan perkembangan teknologi terkini dan penyampaian ... perkhidmatan yang berpaksikan rakyat. Laman web agensi menjadi saluran utama agensi sektor awam untuk menyampaikan maklumat dan perkhidmatan kepada rakyat dan komuniti di bawah inisiatif Kerajaan Elektronik. Manakala, laman web rasmi Kerajaan Malaysia, iaitu Portal myGovernment (www.malaysia.gov.my) bertindak sebagai pusat masuk tunggal (single entry point) yang dihubungkan ke laman web agensi sektor awam bertujuan memudahkan pengguna mendapatkan semua maklumat dan perkhidmatan agensi sektor awam secara berpusat.