Surat Penyerahan PKPA Bilangan 1 Tahun 2009 Penambaikan Proses Pengurusan Aduan Awam kepada Biro Pengaduan Awam (BPA)
Pihak BPA mengesahkan telah menerima Penyerahan PKPA Bilangan 1 Tahun 2009 Penambaikan Proses Pengurusan Aduan Awam kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) dan bersama-sama ini dikembalikan Borang pengesahan Penerimaan Dokumen Dasar ... MAMPU (Lampiran A7) kepada pihak MAMPU.
SURAT ARAHAN KETUA PENGARAH MAMPU BILANGAN 2 TAHUN 2021 PANDUAN PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK ORGANISASI SEKTOR AWAM
Panduan Pembangunan Pelan Strategik Organisasi Sektor Awam (PSOSA) akan menjadi rujukan yang boleh dimanfaatkan oleh setiap agensi sektor awam dalam membangunkan pelan strategik organisasi secara sistematik. Panduan ini menerangkan secara terperinci ... mengenai kaedah pembangunan pelan strategik organisasi yang boleh digunakan oleh agensi sektor awam terutamanya tentang bagaimana kaedah menganalisis strategi dan memformulasi pelan tindakan secara strategik. Panduan ini juga turut menerangkan secara umum mengenai prinsip asas dalam pengurusan strategik sektor awam merangkumi definisi dan model pengurusan strategik sektor awam serta kaedah bagaimana sesebuah agensi sektor awam boleh merencana pelaksanaan, pemantauan dan penilaian pelan strategik organisasi. Keseluruhan panduan ini merangkumi 2 fasa pengurusan strategik sesebuah organisasi iaitu fasa pembangunan pelan strategik (Proses Perancangan dan Formulasi) dan fasa pasca penghasilan dokumen pelan strategik (Proses Pelaksanaan, Proses Pemantauan & Pengukuran Prestasi dan Proses Penilaian & Semakan Semula). Proses Perancangan dan Formulasi Pelan Strategik merupakan fasa paling kritikal kerana ia perlu dijajarkan dengan halatuju organisasi dalam memenuhi keperluan agenda nasional seperti Pelan Rancangan Malaysia dan dasar-dasar utama semasa. Proses ini menerangkan mengenai kaedah yang sesuai digunakan oleh agensi sektor awam dalam menetapkan hala tuju strategik agensi serta kaedah-kaedah menganalisis persekitaran agensi ke arah menghasilkan Pelan Tindakan dan program yang strategik dalam tempoh tertentu yang ditetapkan. Fasa pasca penghasilan pelan strategik pula menerangkan mengenai kaedah dan persediaan yang perlu dibuat oleh agensi dalam melaksanakan program-program strategik yang telah ditetapkan, mekanisme-mekanisme pemantauan program dan pengukuran prestasi serta kaedah penilaian pencapaian program dan kajian semula Pelan Strategik. Bagi memastikan penambahbaikan berterusan dapat dilaksanakan, agensi perlu menyediakan pelan strategik organisasi masing-masing secara jelas berpandukan hala tuju dan persekitaran agensi agar ianya dapat difahami oleh seluruh warga organisasi. Sehubungan itu, panduan ini adalah penting untuk diamati dan dihayati oleh pengurusan atasan sesebuah organisasi sektor awam supaya pendekatan yang diambil bagi penyediaan pelan strategik organisasi adalah lebih teratur dan menepati objektif pengurusan strategik secara amnya. Akhir kata, penerbitan panduan ini juga diharapkan dapat digunakan sepenuhnya oleh agensi sektor awam untuk melaksanakan pengurusan strategik dengan lebih efektif dan efisien menerusi pelan strategik yang dihasilkan kelak. Ia penting bagi memastikan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam negara terus dipertingkatkan dan mampan kerana pelan yang terhasil nanti akan membantu organisasi mencapai halatuju yang ditetapkan seterusnya menyumbang kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam secara keseluruhannya.
SURAT ARAHAN KETUA PENGARAH MAMPU BILANGAN 1 TAHUN 2021 GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN GALERI APLIKASI MUDAH ALIH KERAJAAN MALAYSIA (GAMMA)
Surat arahan ini bertujuan untuk menerangkan tentang perkhidmatan Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) sebagai rujukan kepada agensi Kerajaan.
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2021 DASAR PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN SEKTOR AWAM
Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan dasar berhubung penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan yang perlu dipatuhi oleh Agensi Sektor Awam bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaaan dengan melaksanakan perkara-perkara ... berikut:Agensi Sektor Awam hendaklah menggunakan teknologi pengkomputeran awan bagi pelaksanaan semua projek ICT di agensi masing-masing; danAgensi Sektor Awam dikehendaki memberikan keutamaan kepada penggunaan MyGovCloud@PDSA terutamanya yang melibatkan aplikasi kritikal Kerajaan.
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA) BILANGAN 2 TAHUN 2021 DASAR PERKONGSIAN DATA SEKTOR AWAM
Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan mengenai perkongsian data melibatkan Agensi Sektor Awam bagi melaksanakan perkongsian data merentas agensi dan perkongsian data dengan pihak pengguna data yang terlibat seperti komuniti ... perniagaan, rakyat dan penjawat awam untuk tujuan inovasi pendigitalan dan penyampaian perkhidmatan berpacukan data demi kesejahteraan rakyat, kelestarian pentadbiran serta pembangunan negara.
Pembangunan Pelan Strategik Organisasi (PSO) dan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) di Kementerian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Agensi Sektor Awam
Mesyuarat MyDigital Kluster Kerajaan Bilangan 3 Tahun 2021 pada 21 September 2021 memutuskan agar semua Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) membangunkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) masing-masing selewatnya-lewatnya pada ... 31 Disember 2021. Semua Agensi Sektor Awam juga perlu mengambil saranan ini dengan membangunkan PSP di peringkat agensi masing-masing. Sebelum PSP dibangunkan, setiap Kementerian dan Agensi Sektor Awam perlu terlebih dahulu membangunkan Pelan Strategik Organisasi (PSO) masing-masing yang merupakan komponen terpenting dalam usaha agensi sektor awam merangka dan merancang dasar, menentukan program dan tindakan bagi mencapai matlamat organisasi dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian agenda perkhidmatan awam dan negara.
Penambahbaikan kepada Pengurusan Perhubungan Pelanggan Sektor Awam
Perkara yang dibangkit dalam Surat Arahan KSN adalahmempamerkan dengan jelas waktu sebenar perkhidmatan kaunter di pintu masuk utama pejabat, laman web, brosur, poster dan media sosial; danmempamerkan dengan jelas di ... pintu masuk utama pejabat penyataan etika berpakaian bagi orang awam/pelanggan semasa berurusan dengan kementerian dan agensi Kerajaan.
Memaklumkan pembatalan SPA Bil 1/1995 Penyediaan Laporan Ringkasan Kedudukan Kewangan dan Prestasi Tahunan Badan Berkanun Persekutuan dan Pembatalan SPA Bil 6 Tahun 2004 Penyediaan Laporan Ringkasan Kedudukan Kewangan dan Prestasi ... Tahunan Badan Berkanun Persekutuan (pindaan kepada SPA 1 Tahun 1995)
MyGovEA: Pelaksanaan Pendekatan Reka Bentuk Berstruktur Ekosistem Organisasi Perkhidmatan Awam
PKPA ini bertujuan untuk memberi panduan kepada organisasi menjalankan analisis, reka bentuk, perancangan dan pelaksanaan strategi melalui Malaysia Government Enterprise Architecture (MyGovEA) bagi membina amalan Enterprise Architecture (EA) dalam agensi. ... PKPA mengenai EA yang dibangunkan selaras dengan Pelan Induk MyGovEA ini menyediakan panduan dan metodologi kepada agensi dalam mengenal pasti dan memperkemas semula perkhidmatan yang disediakan dengan memahami struktur, fungsi, perkhidmatan, proses kerja, data yang digunakan serta aplikasi dan teknologi yang menyokong perkhidmatan organisasi.