• Laman Utama
  • Capaian Pantas
    Sektor Pengurusan Sektor TPP Sektor ICT
  • Akaun
    Pendaftaran Warga MAMPU Log Masuk
Repositori Dasar dan
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Carian Umum Carian Arkib

Hasil Carian Terperinci : 48 rekod.


Garis Panduan Pembangunan Kandungan Sektor Awam

Tujuan utama garis panduan ini adalah untuk menjadi rujukan dan panduan kepada agensi dalam membangunkan kandungan Sektor Awam. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mentafsirkan Kandungan sebagai apa-apa bunyi, teks, gambar ... pegun, gambar bergerak atau persembahan audio visual lain, persembahan sentuhan atau apa-apa gabungan yang sedemikian yang mampu direka, dimanipulasi, disimpan, diambil atau disampaikan secara elektronik. Garis Panduan ini perlu dibaca bersama dengan Pekeliling Am Bil.1 Tahun 2006 : Pengurusan Laman Web/Portal Sektor Awam.

Dokumen Bil 4 Tahun 2009 berkuatkuasa 11-09-2009
Kategori : Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU
Sektor : Sektor ICT
Bidang : Perkhidmatan
Status : Masih Berkuat Kuasa
2009-SA KP-Garis Panduan Pembangunan Kandungan Sektor Awam

Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Sektor Awam

Tujuan garis panduan ini adalah untuk memaklumkan konsep pelaksanaan blog rasmi bagi agensi-agensi Sektor Awam dan menyediakan panduan pengurusan blog agensi-agensi Sektor Awam.

Dokumen Bil 2 Tahun 2009 berkuatkuasa 17-07-2009
Kategori : Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU
Sektor : Sektor ICT
Bidang : Perkhidmatan
Status : Masih Berkuat Kuasa
2009-SA KP-Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Sektor Awam

Panduan Menambahbaik Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Menerusi Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)

Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam melaksanakan sistem perkhidmatan pesanan menerusi SMS di agensi-agensi kerajaan. Melalui penerangan yang menyeluruh ... dalam panduan ini, agensi-agensi diharap dapat meningkatkan penggunaan dan keberkesanan penggunaan SMS dalam meningkatkan sistem penyampaian kepada pelanggan. Agensi kerajaan adalah dikehendaki menggunakan perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan untuk menyalurkan perkhidmatan menerusi SMS kepada pelanggan. Bagi agensi yang telah menyedia atau melaksana perkhidmatan SMS melalui penyedia perkhidmatan lain, agensi-agensi berkenaan masih boleh melaksanakan perkhidmatan SMS menerusi penyedia perkhidmatan lain tetapi pada masa yang sama agensi perlu juga memastikan perkhidmatan tersebut dapat diakses menerusi mySMS 15888.

Dokumen Bil 3 Tahun 2008 berkuatkuasa 25-11-2008
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor ICT
Bidang : Data Strategik Dan Maklumat
Status : Masih Berkuat Kuasa
2008-PKPA 03- Panduan Menambahbaik Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Menerusi Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)

Panduan Menambah Baik Penyampaian Perkhidmatan Menerusi Penggunaan Kios di Agensi-Agensi Kerajaan

Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai tatacara dan mekanisme menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan menerusi penggunaan kios di agensi-agensi Kerajaan. Panduan ini mengandungi maklumat mengenai ciri-ciri sebuah kios dan langkah-langkah ... dalam mewujudkan perkhidmatan menerusi kios. Melalui penerangan yang menyeluruh dalam panduan ini, agensi-agensi diharap dapat meningkatkan penggunaan dan keberkesanan penggunaan kios dalam meningkatkan sistem penyampaian kepada pelanggan. Pemakaian pekeliling ini adalah tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, pekeliling ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Dokumen Bil 2 Tahun 2008 berkuatkuasa 16-10-2008
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor ICT
Bidang : Pengurusan Strategik ICT
Status : Masih Berkuat Kuasa
2008-PKPA 02-KIOS

Arahan Teknologi Maklumat

Arahan Teknologi Maklumat (Information Technology [IT]) dalam konteks ini adalah sebagai garis panduan bertujuan memenuhi keperluan minimum bagi menyokong Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik (Electronic Government Activities Act [EGAA]) 2007 dalam ... memudah cara transaksi elektronik. EGAA 2007 menyediakan rangka kerja undang-undang untuk pelaksanaan perkhidmatan Kerajaan elektronik yang efisien dan selamat. Tujuan Akta ini adalah untuk membolehkan dan memudah cara keseragaman urusan secara elektronik antara Kerajaan Persekutuan dengan orang awam. Akta ini terpakai apabila Agensi bersedia untuk menguruskan urusan elektronik dan tidak memberi sebarang tambahan hak undang-undang atau menukar sesuatu undang-undang secara substantif.

Dokumen Bil 2 Tahun 2007 berkuatkuasa 19-12-2007
Kategori : Arahan Teknologi Maklumat
Sektor : Sektor ICT
Bidang : Pengurusan Projek ICT
Status : Masih Berkuat Kuasa
2007-ARAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT [VERSI BM] (Disember 2007)

Langkah-langkah Mengenai Penggunaan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan

Memaklumkan kepada ketua jabatan dan pegawai di semua peringkat agensi Kerajaan mengenai enam langkah penggunaan mel elektronik di agensi-agensi kerajaan.

Dokumen Bil 1 Tahun 2007 berkuatkuasa 01-06-2007
Kategori : Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU
Sektor : Sektor ICT
Bidang : Data Strategik Dan Maklumat
Status : Masih Berkuat Kuasa
2007-SA KP-Langkah-langkah Mengenai Penggunaan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan

Langkah-Langkah Pemantapan Pelaksanaan Sistem Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan

Langkah-Iangkah pemantapan yang digariskan ini merupakan usaha bagi mengukuhkan lagi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1 Tahun 2003 bertajuk "Garis Panduan Mengenai Tatacara Pelaksanaan Internet dan Mel Elektronik di ... Agensi-agensi Kerajaan". Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai di semua peringkat dalam agensi Kerajaan hendaklah mematuhi dan melaksanakan 14 perkara yang digariskan di dalam surat arahan ini bagi mengukuhkan lagi PKPA Bil.1 Tahun 2003.

Dokumen Bil 3 Tahun 2007 berkuatkuasa 23-11-2007
Kategori : Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU
Sektor : Sektor ICT
Bidang : Pengurusan Keselamatan Maklumat
Status : Masih Berkuat Kuasa
2007-SA KP-Langkah-Langkah Pemantapan Pelaksanaan Sistem Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan

Akta 680 : Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007

Undang-Undang Malaysia, Akta 680 Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007. Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan pengiktirafan undang-undang suatu mesej elektronik dalam urusan antara Kerajaan dengan orang awam, penggunaan mesej elektronik untuk ... memenuhi kehendak undang-undang dan untuk membolehkan dan memudahkan urusan itu melalui penggunaan cara elektronik dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Dokumen Bil 1 Tahun 2007 berkuatkuasa 30-08-2007
Kategori : Akta
Sektor : Sektor ICT
Bidang : Pengurusan Projek ICT
Status : Masih Berkuat Kuasa
2007 - AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK (AKTA 680) (Tahun 2007)
2007 - Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik AKTA 680 - Cetakan Semula 1 November 2017

The Malaysian Government Interoperability Framework For Open Source Software (MyGIFOSS)

Dokumen ini menggariskan perincian cadangan hasil penyelidikan dan analisis yang dijalankan dalam membangunkan Rangka Kerja Malaysian Government Interoperability Framework for Open Source Software (MyGIFOSS). Dokumen ini mengandungi maklumat mengenai open ... source software (OSS), open standards and technical specifications yang dicadangkan untuk digunapakai oleh Malaysia. MyGIFOSS ini menjadi pelengkap kepada Malaysian Government Interoperability Framework version 1.0 (MyGIF).

Dokumen Bil 1 Tahun 2006 berkuatkuasa 01-02-2006
Kategori : Garis Panduan
Sektor : Sektor ICT
Bidang : Pembangunan Sistem
Status : Masih Berkuat Kuasa
2006-GP-The Malaysian Government Interoperability Framework For Open Source Software (MyGIFOSS)

Pengukuhan Tadbir Urus Jawatankuasa IT Dan Internet Kerajaan

Pekeliling Am ini bertujuan untuk menerangkan mengenai pengukuhan tadbir urus Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil di bawahnya. Mesyuarat JITIK Bilangan 1 Tahun 2006 yang telah diadakan ... pada 8 Mei 2006 telah memutuskan agar struktur tadbir urus JITIK dikaji semula dengan mengambil kira peranan Jawatankuasa Pemandu Kerajaan Elektronik (EGSC). Sehubungan ini, MAMPU telah menjalankan kajian tadbir urus JITIK dan jawatankuasa-jawatankuasa di bawahnya bagi mempertingkatkan keberkesanannya. Hasil dari kajian tersebut, struktur tadbir urus JITIK telah diperkukuhkan dengan beberapa pembaharuan dari segi bidang rujukan dan keahlian. Struktur baru tadbir urus JITIK merangkumi jawatankuasa-jawatankuasa berikut (1) Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK); (2) Jawatankuasa Kerja JITIK (JKJ); (3) Jawatankuasa Penyelarasan Kerajaan Elektronik (EGCOM); (4) Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT); dan (5) Jawatankuasa Latihan ICT (JLICT).

Dokumen Bil 2 Tahun 2006 berkuatkuasa 13-11-2006
Kategori : Pekeliling Am
Sektor : Sektor ICT
Bidang : Pengurusan Projek ICT
Status : Masih Berkuat Kuasa
2006-pa 02-Pengukuhan Tadbir Urus Jawatankuasa IT Dan Internet Kerajaan

  • «
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4(current)
  • 5
  • »

Hakcipta © MAMPU 2019
Pelawat: 329234