Pengurusan Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Kerajaan (Government Unified Communication (1GovUC))
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada ketua-ketua jabatan Kerajaan mengenai Pengurusan Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Kerajaan (Government Unified Communication (1GovUC)) bagi meningkatkan sistem komunikasi dan kolaborasi pentadbiran sektor awam. Pelaksanaan 1GovUC ... adalah untuk meningkatkan, memperkasakan dan menambah baik urusan komunikasi dan kolaborasi dalam urusan harian pentadbiran sektor awam melalui integrasi dan konsolidasi saluran-saluran komunikasi secara selamat serta menjadi pemangkin kepada peningkatan keberkesanan pentadbiran awam dan peluasan penggunaan aplikasi umum dan strategik.
Dokumen Bil 3 Tahun 2017 berkuatkuasa 03-01-2017
Kategori : Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam
Pengurusan Perkhidmatan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (1Gov*Net)
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada ketua-ketua jabatan Kerajaan mengenai Pengurusan Perkhidmatan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (1Gov*Net) bagi memperkukuhkan sistem rangkaian perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan 1Gov*Net bermula sejak Rancangan Malaysia Kesepuluh ... (RMK-10) dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), iaitu kesinambungan daripada perkhidmatan EG*Net yang telah ditambah baik. Perkhidmatan tersebut dibangunkan bagi menyokong pelaksanaan kerajaan digital dalam usaha meningkatkan produktiviti, mengurangkan pertindihan dan menambah baik kecekapan hasil daripada pengurusan dan penyenggaraan infrastruktur yang dikongsi bersama. Pendekatan pengurusan perkhidmatan 1Gov*Net yang dibuat secara berpusat membolehkan agensi Kerajaan memberi tumpuan penuh kepada pelaksanaan perkhidmatan utama masing-masing.
Dokumen Bil 2 Tahun 2017 berkuatkuasa 03-01-2017
Kategori : Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam
Pelaksanaan Analitis Data Raya Sektor Awam (aDRSA)
Pekeliling ini bertujuan memberi panduan kepada agensi sektor awam bagi melaksanakan analitis data raya dengan mengguna pakai kaedah atau metodologi yang bersesuaian ke arah meningkatkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam. ... Pelaksanaan analitis data raya merupakan satu inisiatif yang boleh membantu kerajaan dalam membuat keputusan berdasarkan ketersediaan data yang komprehensif daripada dalam dan luar agensi. Pelaksanaan analitis data raya akan menggalakkan inovasi dalam perkhidmatan kerajaan sekali gus memenuhi keperluan kritikal agenda transformasi negara ke arah kerajaan digital. Pelaksanaan inisiatif ini akan mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan yang responsif dan mengutamakan kepantasan bertindak bagi memenuhi kehendak rakyat.
Dokumen Bil 1 Tahun 2017 berkuatkuasa 03-01-2017
Kategori : Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam
PTPA Pelaksanaan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT)
Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan tentang pengurusan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT). Penubuhan KWAICT bertujuan untuk menggalakkan pembangunan projek ICT menggunakan kepakaran dalaman dan memberikan ganjaran ... kepada pasukan projek yang berjaya menjimatkan kos bagi Kerajaan. KWAICT ini juga bertujuan untuk meningkatkan kepakaran dalaman melalui pembiayaan Program Peningkatan Kompetensi dan Profesionalisme Pegawai Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sektor Awam. Bagi menggalakkan lebih banyak penghasilan produk ICT tempatan, KWAICT juga menyediakan pembiayaan Program Penyelidikan dan Pembangunan ICT (R & D ICT) Sektor Awam. Antara contoh produk ICT tempatan termasuklah aplikasi, perkakasan berasaskan perisian, kaedah, rangka kerja dan model yang dibangunkan atau dihasilkan.
Dokumen Bil 4 Tahun 2017 berkuatkuasa 15-11-2017
Kategori : Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam
Pelaksanaan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Menggunakan Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) Agensi Sektor Awam
Surat Arahan ini bertujuan memaklumkan semua agensi sektor awam hendaklah mengambil tindakan menggunakan sistem PROFIT di agensi masing-masing bagi mengemukakan permohonan projek ICT untuk kelulusan teknikal serta memantau dan melapor ... status kemajuan pembangunan dan pelaksanaan projek ICT yang telah diluluskan. Sebarang ketidakpatuhan kepada penggunaan sistem PROFIT ini akan memberi kesan terhadap permohonan kelulusan teknikal projek ICT agensi berkenaan. Bagi melancarkan pelaksanaan sistem PROFIT, peranan dan tanggungjawab agensi yang telah ditetapkan adalah seperti dinyatakan dalam Lampiran. Agensi Kerajaan boleh memuat turun Manual Pengguna PROFIT melalui (a) Portal MAMPU di http://www.mampu.gov.my atau (b) Sistem PROFIT di http://profitv2.mampu.gov.my.
Dasar Perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan [Government Public Key Infrastructure (GPKI)]
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam ini bertujuan untuk menjelaskan kepada ketua-ketua jabatan kerajaan mengenai dasar perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan [Government Public Key Infrastructure (GPKI)] bagi memantapkan tahap keselamatan data dan ... maklumat sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan dalam menyokong inisiatif perkhidmatan digital kerajaan. Prasarana Kunci Awam [Public Key Infrastructure (PKI)] ialah gabungan perisian, teknologi penyulitan dan perkhidmatan yang membolehkan organisasi memastikan data dan maklumat transaksi urus niaga secara dalam talian selamat. Prasarana Kunci Awam (PKI) membolehkan data serta maklumat dilindungi dari aspek kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan. Sebarang transaksi atau aktiviti terhadap data dan maklumat tidak boleh disangkal melalui pengesahan jejak audit. Selaras dengan Akta Tandatangan Digital 1997 dan Peraturan-Peraturan Tandatangan Digital 1998, Prasarana Kunci Awam (PKI) telah mula dilaksanakan pada tahun 2002 dalam pelaksanaan projek-projek Kerajaan Elektronik (EG). Bagi menyelaras pelaksanaan Prasarana Kunci Awam (PKI) di agensi sektor awam, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyediakan perkhidmatan Prasarana Kunci Awam (PKI) secara berpusat yang dikenali sebagai perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan (GPKI).
Pekeliling ini bertujuan memaklumkan ketua-ketua jabatan kerajaan mengenai panduan melaksanakan pengurusan laman web agensi sektor awam yang berkesan bagi menyokong inisiatif perkhidmatan awam selaras dengan perkembangan teknologi terkini dan penyampaian ... perkhidmatan yang berpaksikan rakyat. Laman web agensi menjadi saluran utama agensi sektor awam untuk menyampaikan maklumat dan perkhidmatan kepada rakyat dan komuniti di bawah inisiatif Kerajaan Elektronik. Manakala, laman web rasmi Kerajaan Malaysia, iaitu Portal myGovernment (www.malaysia.gov.my) bertindak sebagai pusat masuk tunggal (single entry point) yang dihubungkan ke laman web agensi sektor awam bertujuan memudahkan pengguna mendapatkan semua maklumat dan perkhidmatan agensi sektor awam secara berpusat.
Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam
Surat Pekeliling Am ini bertujuan untuk menyediakan panduan bagi agensi Sektor Awam memohon kelulusan teknikal projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) daripada Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) yang berurus ... setia di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta memantau kemajuan pembangunan dan pelaksanaan projek ICT.
Pekeliling ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan dalam pelaksanaan data terbuka agensi sektor awam bagi menggalakkan perkongsian data, meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah, cepat dan telus serta ... menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Pelaksanaan data terbuka kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif kerajaan digital. Pekeliling ini telah dibangunkan berdasarkan kepada amalan terbaik data terbuka yang dilaksanakan oleh negara-negara luar dan dinilai oleh badan antarabangsa melalui penilaian barometer oleh World Wide Web Foundation serta maklum balas yang diterima daripada agensi sektor awam.
Pelaksanaan dan Penggunaan Aplikasi Digital Document Management System (DDMS) Sektor Awam - Digital Document Management System 2.0 (DDMS 2.0)
Sistem DDMS 2.0 adalah perisian sistem pengurusan rekod kerjaan secara elektronik yang menyokong Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) EPP6.